Falling Rose


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 29 November 2011

Hijrah

Hijrah merupakan salah satu perubahan yang dilakukan oleh seseorang untuk mengubah nasib atau cara hidup mereka ke arah yang lebih baik. Penghijrahan adalah sesuatu yang positif untuk dilakukan. Malah dalam sejarah Nabi Rasulullah saw dan para sahabat ke Madinah Al-mMunawwarah telah menjadikan dakwah Islam ke satu tahap yang baru.

Dan sebagai insan mempunyai motivasi kita seharusnya sentiasa mempunyai inisiatif untuk berhijrah. Hijrah dalam perbuatan, pekerjaan, percakapan, serta amalan kita dalam hari-hari mendatang..
Semoga Allah memperkukuhkan keimanan dan meningkatkan amalan kita menuju keredhaanNYA..



Rabu, 23 November 2011

Matahari Dari Jarak Dekat

Sebagai Renungan:
Menceritakan betapa Asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah Nabi Adam di hantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam as. Maka Jibril pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.


Jibril : Wahai Zabaniah, aku diperintahkan untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi    
          kegunaan Adam as.
Zabaniah: Sebanyak mana sedikit itu?
Jibril : Sebesar kurma...
Zabaniah: Kalau sebesar buah kurma api neraka ini engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.
Jibril : Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari kuah kurma....
Zabaniah ; Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walau setitikpun hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti...


Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun mengadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambilsebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka Jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah daripada MAlaikat Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan ddengan mencelupkannya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai
= 70 x 70.
Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan di atas sebuah bukit yang tinggi tetapi sejurus setelah diletakkan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat Jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sahaja yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbagai keperuan dan juga api yang terdapat  di gunung berapi dan lain-lain lagi.


RENUNGAN:
 Betapa dasyatnya api neraka sehingga malaikat juga turut merasai bahang kepanasannya, Oleh itu kita sebagai hamba harus mensyukuri nikmat yang allah kurniakan dan kita seharusnya takut pada seksaan Allah dan sama- sama kita muhasabah diri ke arah yang lebih baik dan mengamalkan amal maaruf nahi munkar... Renungan ini buat diri saya sendiri dan juga mereka yang sudi mengunjungi blog saya ini.


Dari jarak Dekat






Sumber : Gambar Royal Sweedish Academy of Science pada 14 Nov 2002 melalui Sweedish Solar Teleskop, Asal usul api.razimuslim.21.forumer.com

Selasa, 22 November 2011

Sifat Pemaaf Bersih Hati, Tenangkan Jiwa.....Susah ker nak jadi seorang PEMAAF??

Manusia telah diciptakan dengan perasaan dan emosi yang berbeza. Adakalanya emosi mengatasi akal fikiran menyebabkan seseorang itu bertindak mengikut perasaan sehingga menjejaskan keadaan persekitaran.
Selain perasaan itu, sifat pemaaaf juga adalah antara salah satu sifat yang ada pada manusia.
Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W memaafkan umatnya. Inikan pula kita manusia biasa yang diciptakan serba kekurangan. Tapi kemaafan yang kita pinta senang kadang kala senang untuk dinyatakan tetapi seikhlas mana ianya itu terletak pada keikhlasan hati seseorang.
Berdasarkan kisah Nabi Muhammad:

Pada suatu masa, Nabi pergi  ke Thaif mengajak kaum shakif kepada Islam, sayang sekali seruan Nabi s.a.w. dibalas dengan ejekan dan lemparan batu oleh kaum durhaka disitu sehingga  darah bercucuran ditubuh Nabi s.a.w. akibat lemparan batu dan benda-benda keras lainnya. Meskipun demikian Nabi s.a.w hanya berdoa :“Ya Allah berilah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahuinya”
Sumber:http://afiati.multiply.com/journal/item/168/Memaafkan_Derajat_Kemuliaan_Diri?&item_id=168&view:replies=reverse

Isnin, 21 November 2011

Cinta Pada Yang Esa

Betul kata orang.....cinta yang paling agung adalah cinta pada yang maha Esa... Setiap kali kita senang ataupun susah, Allah sentiasa ada untuk mendengar rayuan,keluhan dan juga memujiNya. Tetapi untuk mendapat cinta Allah yang paling agung.....kita sebagai hambanya perlu mempersiapkan diri untuk menjadi hamba yang sentiasa disenangi, dilindungi oleh Allah. oleh itu kita hendaklah sentiasa tahu bahawa Allah sentiasa ada untuk kita...

Ahad, 20 November 2011

kenangan yang terpahat di hati..

Tanggal 18 Oktober, pukul 9.45 malam seorang lagi sahabat daripada PT 576 telah selesai perjuangannya di KTD.. syahdu menyelubungi kami apabila beliau meninggal kami pada malam itu... Sayu hati bila dia sudah tiada...sunyi...sepi rumah kami..Biasanya keriuhan suaranya menggamit suasana di rumah kami. Begitu terasa kehilangannya.. moga Allah memperkukuhkan ukhwah kami hingga ke akhir hayat...Selamat tinggal sahabatku...Nusaibah Zaidah..moga kamu sentiasa dalam lindungan Allah.


PT 576

Khamis, 17 November 2011

Jangan Pernah Kalah

"Bersungguh-sungguhlah dengan kehinaanmu, niscaya Ia akan menolongmu dengan kekuasaan-Nya. Bersungguhlah-sungguhlah dengan kelemahanmu niscaya Ia akan menolongmu dengan kekuatan-Nya." 
(Ibnu  'Athaillah)


Sesungguhnya kita manusia biasa yang lemah dalam setiap perkara dan tanpa bantuan Allah semuanya tidak akan menjadi nyata.... Setiap apa yang ingin kita lakukan perlu kita bergantung pada Allah. Oleh itu kita perlu bersungguh-sungguh dalam setiap apa yang kita lakukan....


(Sumber : Mencari Mutiara Di Dasar hati)

Rabu, 16 November 2011

Setiap ujian dan tugasan dalam kehidupan datang tanpa dipinta...mohon ALLah permudahkan urusan ku di KTD

Masih baru....boleh dikatakan juga kerana aku tidak pernah bekerja. Alhamdulillah setakat ini kerjaku berjalan lancar.... mohon ALLAh permudahkan. Kadang-kadang sedih juga...tapi harap sangat moga dibiasakan diriku untuk menghadapinya untuk tempoh praktikal ini..

Selasa, 15 November 2011

Amal seseorang bermula dengan NIAT....dengan NIAT yang bersih dapat melakukan amal dengan ikhlas.



إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أوإنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه



Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan merujuk kepada apa yang dingininya”.
Hadis Sahih Bukhari dan Muslim.