Falling Rose


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 23 November 2011

Matahari Dari Jarak Dekat

Sebagai Renungan:
Menceritakan betapa Asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah Nabi Adam di hantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam as. Maka Jibril pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.


Jibril : Wahai Zabaniah, aku diperintahkan untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi    
          kegunaan Adam as.
Zabaniah: Sebanyak mana sedikit itu?
Jibril : Sebesar kurma...
Zabaniah: Kalau sebesar buah kurma api neraka ini engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.
Jibril : Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari kuah kurma....
Zabaniah ; Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walau setitikpun hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti...


Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun mengadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambilsebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka Jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah daripada MAlaikat Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan ddengan mencelupkannya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai
= 70 x 70.
Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan di atas sebuah bukit yang tinggi tetapi sejurus setelah diletakkan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat Jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sahaja yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbagai keperuan dan juga api yang terdapat  di gunung berapi dan lain-lain lagi.


RENUNGAN:
 Betapa dasyatnya api neraka sehingga malaikat juga turut merasai bahang kepanasannya, Oleh itu kita sebagai hamba harus mensyukuri nikmat yang allah kurniakan dan kita seharusnya takut pada seksaan Allah dan sama- sama kita muhasabah diri ke arah yang lebih baik dan mengamalkan amal maaruf nahi munkar... Renungan ini buat diri saya sendiri dan juga mereka yang sudi mengunjungi blog saya ini.


Dari jarak Dekat






Sumber : Gambar Royal Sweedish Academy of Science pada 14 Nov 2002 melalui Sweedish Solar Teleskop, Asal usul api.razimuslim.21.forumer.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan