Falling Rose


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 4 Januari 2012

adik..

Hari ini aku mengambil keputusan untuk menghantar adikku Izham ke IKBN setelah puas aku berfikir dan bertanya pendapat Ma pagi tadi. Memikirkan takut Ba marahkan aku.... walaupun hari ini patutnya aku kerja. Puasku fikir....nanti aku balik aku takkan jumpa dia untuk seminggu ini. mungkin dia akan balik dalam sebulan kemudian. Memang aku biasa tinggal dia untuk pergi belajar tapi adikku tidak pernah tinggalkan rumah selepas dia ke PLKN dua tahun lepas.
Nak cakap sedih memang lar sedih...aku tidak jauh berjauhan dengan adik lelakiku. Sedih...tapi ma pun sedih jugak tadi...tapi dia tahan tangis dia..
Aku sampai kat sana lewat sikit..maklum la pergi dengan kereta sewa..nak ajak kawan, takut susahkan dia pula.
sesampai kat sana jumpa ma, ba, adik, dengan kawan sekampung yang kami sewa kereta dia. Adik settlekan isi borang lepas itu kami menanti untuk mendengar taklimat daripada Pengarah IKBN. Tunggu punya tunggu sudah hampir sejam tapi majlis tidak mula lagi.. Ba iaitu ayahku mengajak kami kami pulang. Tapi ma iaitu mak aku keberatan untuk tinggalkan adik sebelum mendengar taklimat itu. Tapi kami terpaksa juga. Kami pun bersalaman dengan adik. Masa  salam adik cakap jangan menangis kat aku.. dia tahu aku kuat nangis.Nasib aku tidak menangis ...
Selepas aku tinggalkan adik, merah mata ma.. ma pun tak pernah berenggang dengan adik...
Kami berhenti makan selepas keluar dari daerah IKBN. Masa tadi adik suruh topup tapi aku makan dulu.  dia mesej kat aku mengatakan dia tidak bawa selipar pula...
Aish...adikku ni memang...diatidak biasa packing barang tanpa aku. Biasanya aku yang packing barang-barang keperluan dia. Tapi kali ni dia packing sendiri. Banyak juga barang yang tertinggal. Makanan dia untuk malam-malam dia tidak beli. Ish....ni lar yang buat aku geram sangat dengan adik aku ni. Satu-satu benda dia tak ingat.
Aku mengambil keputusan untuk pergi membeli barang-barangnya di Pasar Jelawang. Anak bongsu memang macam nie. Seingat aku, aku dulu semua buat sendiri. Mana ada abang-abang aku tolong. Tapi dia semua benda aku buat. Adik..
Kami selesai beli dan terus hantar ke sana.

Suasana di rumah pula lain. apabila tidak ada lagi orang dpan televisyen..iaitu adik aku.
Tadi Ma telefon
 "Rasa lain kak adik tak dok umoh",dalam nadanya yang sebak.
Aku turut sebak. Ma tak pernah berenggang dengan adik.. Syahdu aku dengar  suara Ma tadi.. Aduhai sedih hatiku..memikirkan Ma. Tapi serasa aku sudah tidak lama lagi aku akan habis. Jadi aku yang akan tinggal kat umah. Jaga Ma, jaga Ba.... Sudahlah sepupuku tidak ada di Kelantan.. Baru nak habis sedih..sedih lagi aku.

Selasa, 3 Januari 2012

Payung oh Payung

Hujan...sekarang musim hujan,mana-mana pergi mesti bawa payung. kalau tidak ada payung, alamatnya basah kuyup jawabnya....
mahu dijadikan cerita, aku mempunyai sebuah payung yang berwarna pink hadiah pemberian ayahku... sedih sangat..
Bayangkan dalam hari yang hujan ini ketiadaan payung itu menyebabkan aku perlu menumpang payung orang. Ada satu lagi payung tapi payung itu juga rosak. tapi aku bertahan juga  kerana menunggu duit PTPTN masuk.
Selama 2 minggu aku tercari-cari di mana payung pinkku itu. "duhai payung di mana kamu."
Cari punya cari payung itu tidak juga ku jumpa.. bayangkan dalam saat aku hilang payung dan termenung sendirian.
2 hb Januari 2012...ohh...dalam aku menanti untuk pergi makan sambil menunggu kawanku..tiba-tiba ternampak kelibat payungku.
"ira, payung kak lar". Dengan kuat aku mengomel.
Waktu itu ramai juga siswa yang berada berdekatan tempat Pak Guard. kata Ira mereka tersenyum melihat gelagatku...
sungguh masa itu perasaan bercampur baur datang. aku jadi serba salah.. samada nak tunggu atau mahu terus mengambil di tangan orang yang menggunakan payungku itu..

Dalam hati tidak kisah ada orang tengok atau tidak, tapi payungku jumpa juga. Panas mukaku masa menunggu Eman. Aku menelefonku sahabat rumah sewaku tidak siapa yang jawab. Penat!
Aku tunggu Eman lagi. Terasa lama Eman balik hari ini. Padahal baru jer dia balik.
 Kelibat Eman kelihatan.
"eman, payung ada orang bawak tadi, aka nampak payung akak ngan payung Nesyi sekali," kataku.
"naper akak tak ambik terus?"
"akak tergamam."
"ok,jom kita g amek sekarang,"
"ok jom"

Kami bergegas ke asrama kampus.
Kami meredah bilik- bilik yang pintunya terbuka. Eman bertanya "ada nampak orang bawa payung pink masuk tak?,"tanya eman.
"tak der kak,"
eman meredah bilik lain pula. aku membuntuti eman..
Letih!!!!!
aku ternampak adik Fatin Sakinah, Abidah. Melalui abidah aku minta bantuan untuk membuka pintu bilik yang tertutup.
Takut dikatakan menceroboh bilik orang.hehehehehe..
Pintu bilik pertama yang tertutup dibuka Abidah. "ada sesiapa yang pakai payung pink masuk tak tadi?",tanya Abidah.
semua ahli bilik dalam dua orang menidakkan kehadiran pengguna payung itu.
Ketika mahu menutup pintu, tiba-tiba Sya ternampak "Kak tu payung kuning yang kita nampak,"
Aku pun bertanya, " Nie payung saper?"
seorang siswi berkata" tak tahu"
"tadi awak ker yang guna payung nie?"
"yer"
"ambik kat maner?"
"Kat tempat letak payung banyak-banyak kat kolej, " dengan slamba dia berkata begitu.
aku mengambil payung kawanku itu. tapi kami meneruskan pencarian payung pink ku.
Sya ternampak payung pink itu.
Kami dengan bantuan Abidah masuk ke bilik itu untuk mengambil payung aku.
aku sempat berpesan kepada pengguna payung itu sekiranya dia ingin ambil payung yang digunakannya datang berjumpa denganku di kolej.
Hari ini, terjadi dua kejadian. Satu yang menyakitkan tubuhku. Iaitu aku tergelincir di rumah padawaktu pagi sebelum ke kolej.
sakit..jadi aku tidak berapa sihat hari itu.
dan kejadian satu lagi mengembirakanku iaitu kutemui semula payungku yang diambil oleh seorang hamba Allah yang sangat prihatin.
Aku bersyukur kerana kutemui juga payungku walaupun keadaannya telah uzur.
Namun payungku tidak panjang, ianya telah rosak masa pulang dari kolej. Gara-gara ingin mengelakkan daripada terkena mata siswa yang bermotor aku menarik payung tersebut dan penyendalnya terpatah.
Dalam perjalanan pulang payung rosak juga akhirnya.. sedih sangat.. Dia rosak di tanganku sendiri.
Terima kasih kerana mengambil dan menggunakan payungku. walaupun tidak dijaga dengan baik.
moga orang yang mengambil payungku itu akan dapat mencari pengganti payung yang baru.

Ahad, 1 Januari 2012

Pilihan Dalam Hidup Kita...........

PILIHAN dalam hidup kita ada macam-macam. terpulang pada kita untuk memilih jalan mana yang mahu kita ikut. Malah setiap jalan yang kita pilih pastia ada baik dan buruk. Dan di setipa jalan yang akan kita tempuhi mempunyai pelbagai cabaran dan juga liku-liku dalam mencapai KEJAYAAN.
Betapa pilihan penting dalam hidup kita.
 DALam Islam juga kita ada pilihan sama ada untuk memilih jalan yang mudah tanpa liku atau memilih jalan yang susah dan berliku. Namun kedua-duanya mempunyai ganjaran yang berbeza. Jalan yang susah dan berliku merupakan amalan kebaikan yang kita lakukan di muka bumi yang memerlukan kesabaran, ketekunan, penuh dengan dugaan,keperitan Kesukaran untuk mencapainya. MALAH ianya tidak mudah untuk dicapai. Memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan memerlukan ketekunan dan kualiti masa yang baik. Sememang stress sangat kalau kita ingin lakukan benda yang sukar dan berliku. Tapi ianya manis di penghujungnya. Seperti Syurga. Kita sukar untuk mencapainya kerana ianya menuntut kita sentiasa istiqamah dalam melakukan kebaikan dan tuntutan Allah.
Manakala jalan yang mudah untuk kita lalui terdapat pelbagai nikmat dan kesenangan untuk mendapatkannya. Lebih mudah, banyak nikmat-nikmat sementara yang akan menjadikan kita ALPA iaitu lalai dan lupa.. 
Ganjaran yang kita terima tidak sebaik senangnya jalan kita cari cari itu. NERAKA...itulah ganjaran diatas jalan kesenangan yang kita ambil. 
Malah kadang-kadang kita tidak terduga jalan yang kita ambil merupakan jalan telah didorong oleh ALLAH. Kita tidak pernah mahu terima jalan itu tapi kita terpaksa melaluinya. Tapi entah bila kita sedar bahawa itu adalah jalan yang terbaik untuk kita. MAHA MENGETAHUI ALLAH.... betapa DIA sayang pada kita. 
Alhamdulillah..

Isnin, 26 Disember 2011

Kegembiraan dan kesedihan datang serentak.

Aku memulakan perjalanan untuk ke Selinsing Pasir Puteh pada hari itu (16 Disember 2011) lebih kurang jam 9.30 pagi. Perjalanan yang mengambil masa selama satu jam itu banyak aku habiskan untuk tidur.suasana dalam bas tidak terlalu sesak dan aku mengambil keputusan untuk keluar awal hari itu untuk mengelakkan situasi berhimpit-himpit dalam bas.

Setelah sejam perjalanan aku tiba di Kok Lanas dan dijemput oleh sepupu Kak Len bersama Eman dan juga Ain. Kami meneruskan perjalanan menuju ke rumah Kak Len.
Suasana majlis pada petang itu nerlangsung dengan lancar. cuma rombongan peminangan yang terlewat sampai. janji lepas zohor, tapi pukul 3 tak sampai lagi. Maklulah lepas zohor kan sampai sebelum asar.. Kak Len memakai baju bertemakan awan dan langit. Cantik! majlis yang diadakan meriah sangat. pelaminnya juga cantik.. Pelamin meminang...tapi macam kahwin..apa- apapun memang the best! Rombongan yang datang dalam anggaran tiga buah kereta. tapi nampak macam ramai, melebihi tiga buah kereta. 
Majlis peminangan berjalan lancar dan penuh aksi. Kami pun tumpang glamour..heheehhe.
Setelah majlis selesai tersebu kami bercadang untuk ke pergi ke pasar malam. Plan tak mau balik malam itu. Setelah semua selesai, kami pun bergerak untuk menghantar ain dulu di rumahnya di Melor. Kami riuh sangat dalam kereta. Asmida (sepupu kak Len) yang bawa kereta pada waktu itu. Kelajuan kereta dalam kelajuan minima. Kami banyak bergurau-gurau masa itu. 
sewaktu kami melalui kawaasan yang baru dibina kanopi atau khemah untuk meniaga malam itu (kat pasar malam) tidak semena-mena datang seorang budak berlari denga laju seiring dengan kereta kami. tetapi dalam sekelip mata, dummmmmmm!!!!
Seorang budak terduduk sambil mukanya menunduk ke jalan raya. Nasib pada waktu itu Asmida bergerak perlahan. Kami semua tergamam. Semua tak turun dari kereta. Tapi Aku turun juga dari kereta. dna selepas itu Asmida juga turun dan kami semua berada berdekatan budak itu. Budak itu tidak mengeluarkan suara. Kami pun tergamam. Datang seorang pakcik dan menuding jari ke arah kami.

"nie...nie.. budak nie lar hok tempuh tadi," Dengan nada kasar dia menuduh kami.
 Padahal pada waktu itu ada sebuah kereta yang menghalang penglihatan budak itu. Kami diam saja untuk mengelakkan kekecohan di situ.
 datang seorang pakcik mengendong budak itu dengan mukanya yang sedih. "anak saya nie," Lalu orang kampung di situ meminta kami untuk menghantarnya ke  klinik berdekatan. Asmidar, Eman dan juga Ain mengikut pakcik tadi ke klinik berdekatan. Tinggal aku,adik dan juga jimah di situ.
Kami mengambil kaeputusan untuk memberitahu Kak Len tentang kejadian itu. Kami risau kerana Asmida ada penyakita jantung. Tetapi ketabahan asmida menguatkan dia lagi untuk memandu untuk menghantar budak itu ke klinik.
 Kami sampai di klinik dalam 15 minit kemudian. dan Abah Kak Len yang mengenali bapa budak itu menguruskan hal berkenaan. Dan Alhamdulillah budak itu tidak serius kecederaannya. Tetapi terpaksa dirujuk ke hospital Pasir Puteh untuk X- ray bagi memastikan tiada kecedaraan dalaman. 

Kami tidak jadi untuk ke pasar malam dan Kak Len yang hantar Ain balik ke rumah dan kereta Asmida dipandu balik ke rumah oleh adik lelaki Kak Len. Aku dan Eman dihantar ke Pengkalan Chepa esoknya.



Selasa, 20 Disember 2011

Penyakit LUPA.. susahnya..tetapi kadang-kadang ada kebaikannya juga..

Lupa memang satu penyakit yang amat serius..kadang-kadang menjadi serius sehingga kita terlupa benda-benda yang amat penting untuk kita. Susahnya.. Buat kesekian kalinya aku terhilang lagi barangan yang agak penting juga sehingga menyebabkan aku tension...owh...penat sangat fikir.. kata mana aku letak. Dalam sekelip mata sahaja ianya hilang dalam pandanganku..owh penutup MP3.. Di mana kau..puasku cari sana sini..masa solat maghrib tadi sudah doa moga dipertemukan penutup itu. Tidak sanggup aku kehilangan barang aku lagi. Mungkin aku cuai...susah hati sangat. Selagi tidak ku jumpanya wahai penutup MP3ku.. terjadi lagi kejadian barang aku hilang, gara-gara aku lupa mana letak kunci rumah. Sedih sangat.. kunci itu kunci orang lain.. Dia sayang sangat dengan kunci itu. "akak jaga elok-elok tau kunci nie, banyak kenangan saya ngan kunci nie." Tapi sampai sekarang kunci itu tidak dijumpai.. Kunci oh kunci... di mana kau..Sedih sungguh.

Kebaikan Lupa
seandainya ada peristiwa ngeri yang berlaku contohnya kemalangan ngeri. Peristiwa itu akan menghantui kita sepanjang hayat sekiranya Allah tidak melupakan kita pada peristiwa yang buruk itu. Allah menciptakan setiap urusan di dunia ini bersebab.

......MP3 ku......yang hilang penutupnya.

Isnin, 19 Disember 2011

saling kebergantungan menghapuskan syak wasangka

Assalamualaikum..da lama tak update blog.. entahlah susah nak tulis..no idea..
nak cerita sikit pasal kawan-kawan, selama ada kat KTD nie..hurm...macam-macam ada. Dari yang baik kepada yang kurang baik. Dari yang boleh dijadikan ikhtibar sehingga ada yang boleh dikutuk.heheheehe.. itu aku yang kutuk tapi dalam hati lar..tidak sampai hati hendak kutuk depan-depan.
entahlah kadang ada juga terasa kawan-kawan nie depan kita baik, semua benda kita buat baik tapi belakang kita kata macam. Indah khabar dari rupa. Ada yang kata dia...dia kata aku,macam-macam. Pernah ada satu cerita lama yang pada aku boleh menyebabkan pergaduhan besar dengan seorang sahabat aku tu. Entahlah mana satu yang hedak didengar.. Penat!!!!Tapi apa-apapun ukhwah kami masih utuh. moga Allah kekalkan begitu. Bagi aku tidak semua insan sempurna. moga hidup kami saling lengkap melengkapi.
Pernah juga satu ketika rasa nak sangat habis cepat-cepat sem nie.. sakit hati, marah, dengki, tidak puas hati...macam-macam. 
Kalau mahu dikatakan sakit hati banyak kali sangat..namun aku fikir balik mungkin sikap aku sendiri yang menyebabkan aku sakit hati.. Aku ambik nasihat daripada dindaku Aiman. "Jangan fikir sangat pasal dosa yang orang lain buat akak,dia benci kita itu hak dia, yang penting masih ada yang sayang akak". tapi apa-apa pun memang susahkan kalau fikir siapa yang betul, siapa yang salah tapi saling memaafi dan saling kebergantungan antara satu ama lain adalah pelangkap ukhwah persahabatan kami Kuis Gen2 Ktd.. I love u all.. Moga kita sama-sama diberikan rahmat dan sentiasa berada bawah lindunganNya..InsyaAllah..

Isnin, 12 Disember 2011

MALAS...

ungkapan yang senang disebut. Malah ianya mula menjadi penyakit kepada kita apabila kita tidak mepunyai keinginan untuk melakukan sesuatu perkara itu. Malas berkait rapat dengan perasaan, hati dan juga anggota badan. Mengapa adanya sikap MALAS? Malah ianya menjadi semakin kronik dari hari ke hari.
Malah sikap malas akan mendatangkan pelbagai masalah lain. Antaranya:
1) Kerja yang diamanahkan tidak siap
2)Seseorang itu boleh menjadi engkar pada perintah Allah.
3)lemah anggota badan
4)Mudah putus asa
5) Penuh dengan dalih dalam melaksanakan tugas

terdapat banyak lagi faktor pada penyakit MALAS ini... oleh itu hindarilah MALAS. Bila dihinggapinya amat sukar untuk disingkirkan