Falling Rose


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 4 Januari 2012

adik..

Hari ini aku mengambil keputusan untuk menghantar adikku Izham ke IKBN setelah puas aku berfikir dan bertanya pendapat Ma pagi tadi. Memikirkan takut Ba marahkan aku.... walaupun hari ini patutnya aku kerja. Puasku fikir....nanti aku balik aku takkan jumpa dia untuk seminggu ini. mungkin dia akan balik dalam sebulan kemudian. Memang aku biasa tinggal dia untuk pergi belajar tapi adikku tidak pernah tinggalkan rumah selepas dia ke PLKN dua tahun lepas.
Nak cakap sedih memang lar sedih...aku tidak jauh berjauhan dengan adik lelakiku. Sedih...tapi ma pun sedih jugak tadi...tapi dia tahan tangis dia..
Aku sampai kat sana lewat sikit..maklum la pergi dengan kereta sewa..nak ajak kawan, takut susahkan dia pula.
sesampai kat sana jumpa ma, ba, adik, dengan kawan sekampung yang kami sewa kereta dia. Adik settlekan isi borang lepas itu kami menanti untuk mendengar taklimat daripada Pengarah IKBN. Tunggu punya tunggu sudah hampir sejam tapi majlis tidak mula lagi.. Ba iaitu ayahku mengajak kami kami pulang. Tapi ma iaitu mak aku keberatan untuk tinggalkan adik sebelum mendengar taklimat itu. Tapi kami terpaksa juga. Kami pun bersalaman dengan adik. Masa  salam adik cakap jangan menangis kat aku.. dia tahu aku kuat nangis.Nasib aku tidak menangis ...
Selepas aku tinggalkan adik, merah mata ma.. ma pun tak pernah berenggang dengan adik...
Kami berhenti makan selepas keluar dari daerah IKBN. Masa tadi adik suruh topup tapi aku makan dulu.  dia mesej kat aku mengatakan dia tidak bawa selipar pula...
Aish...adikku ni memang...diatidak biasa packing barang tanpa aku. Biasanya aku yang packing barang-barang keperluan dia. Tapi kali ni dia packing sendiri. Banyak juga barang yang tertinggal. Makanan dia untuk malam-malam dia tidak beli. Ish....ni lar yang buat aku geram sangat dengan adik aku ni. Satu-satu benda dia tak ingat.
Aku mengambil keputusan untuk pergi membeli barang-barangnya di Pasar Jelawang. Anak bongsu memang macam nie. Seingat aku, aku dulu semua buat sendiri. Mana ada abang-abang aku tolong. Tapi dia semua benda aku buat. Adik..
Kami selesai beli dan terus hantar ke sana.

Suasana di rumah pula lain. apabila tidak ada lagi orang dpan televisyen..iaitu adik aku.
Tadi Ma telefon
 "Rasa lain kak adik tak dok umoh",dalam nadanya yang sebak.
Aku turut sebak. Ma tak pernah berenggang dengan adik.. Syahdu aku dengar  suara Ma tadi.. Aduhai sedih hatiku..memikirkan Ma. Tapi serasa aku sudah tidak lama lagi aku akan habis. Jadi aku yang akan tinggal kat umah. Jaga Ma, jaga Ba.... Sudahlah sepupuku tidak ada di Kelantan.. Baru nak habis sedih..sedih lagi aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan