Falling Rose


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 3 Januari 2012

Payung oh Payung

Hujan...sekarang musim hujan,mana-mana pergi mesti bawa payung. kalau tidak ada payung, alamatnya basah kuyup jawabnya....
mahu dijadikan cerita, aku mempunyai sebuah payung yang berwarna pink hadiah pemberian ayahku... sedih sangat..
Bayangkan dalam hari yang hujan ini ketiadaan payung itu menyebabkan aku perlu menumpang payung orang. Ada satu lagi payung tapi payung itu juga rosak. tapi aku bertahan juga  kerana menunggu duit PTPTN masuk.
Selama 2 minggu aku tercari-cari di mana payung pinkku itu. "duhai payung di mana kamu."
Cari punya cari payung itu tidak juga ku jumpa.. bayangkan dalam saat aku hilang payung dan termenung sendirian.
2 hb Januari 2012...ohh...dalam aku menanti untuk pergi makan sambil menunggu kawanku..tiba-tiba ternampak kelibat payungku.
"ira, payung kak lar". Dengan kuat aku mengomel.
Waktu itu ramai juga siswa yang berada berdekatan tempat Pak Guard. kata Ira mereka tersenyum melihat gelagatku...
sungguh masa itu perasaan bercampur baur datang. aku jadi serba salah.. samada nak tunggu atau mahu terus mengambil di tangan orang yang menggunakan payungku itu..

Dalam hati tidak kisah ada orang tengok atau tidak, tapi payungku jumpa juga. Panas mukaku masa menunggu Eman. Aku menelefonku sahabat rumah sewaku tidak siapa yang jawab. Penat!
Aku tunggu Eman lagi. Terasa lama Eman balik hari ini. Padahal baru jer dia balik.
 Kelibat Eman kelihatan.
"eman, payung ada orang bawak tadi, aka nampak payung akak ngan payung Nesyi sekali," kataku.
"naper akak tak ambik terus?"
"akak tergamam."
"ok,jom kita g amek sekarang,"
"ok jom"

Kami bergegas ke asrama kampus.
Kami meredah bilik- bilik yang pintunya terbuka. Eman bertanya "ada nampak orang bawa payung pink masuk tak?,"tanya eman.
"tak der kak,"
eman meredah bilik lain pula. aku membuntuti eman..
Letih!!!!!
aku ternampak adik Fatin Sakinah, Abidah. Melalui abidah aku minta bantuan untuk membuka pintu bilik yang tertutup.
Takut dikatakan menceroboh bilik orang.hehehehehe..
Pintu bilik pertama yang tertutup dibuka Abidah. "ada sesiapa yang pakai payung pink masuk tak tadi?",tanya Abidah.
semua ahli bilik dalam dua orang menidakkan kehadiran pengguna payung itu.
Ketika mahu menutup pintu, tiba-tiba Sya ternampak "Kak tu payung kuning yang kita nampak,"
Aku pun bertanya, " Nie payung saper?"
seorang siswi berkata" tak tahu"
"tadi awak ker yang guna payung nie?"
"yer"
"ambik kat maner?"
"Kat tempat letak payung banyak-banyak kat kolej, " dengan slamba dia berkata begitu.
aku mengambil payung kawanku itu. tapi kami meneruskan pencarian payung pink ku.
Sya ternampak payung pink itu.
Kami dengan bantuan Abidah masuk ke bilik itu untuk mengambil payung aku.
aku sempat berpesan kepada pengguna payung itu sekiranya dia ingin ambil payung yang digunakannya datang berjumpa denganku di kolej.
Hari ini, terjadi dua kejadian. Satu yang menyakitkan tubuhku. Iaitu aku tergelincir di rumah padawaktu pagi sebelum ke kolej.
sakit..jadi aku tidak berapa sihat hari itu.
dan kejadian satu lagi mengembirakanku iaitu kutemui semula payungku yang diambil oleh seorang hamba Allah yang sangat prihatin.
Aku bersyukur kerana kutemui juga payungku walaupun keadaannya telah uzur.
Namun payungku tidak panjang, ianya telah rosak masa pulang dari kolej. Gara-gara ingin mengelakkan daripada terkena mata siswa yang bermotor aku menarik payung tersebut dan penyendalnya terpatah.
Dalam perjalanan pulang payung rosak juga akhirnya.. sedih sangat.. Dia rosak di tanganku sendiri.
Terima kasih kerana mengambil dan menggunakan payungku. walaupun tidak dijaga dengan baik.
moga orang yang mengambil payungku itu akan dapat mencari pengganti payung yang baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan