Falling Rose


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 1 Januari 2012

Pilihan Dalam Hidup Kita...........

PILIHAN dalam hidup kita ada macam-macam. terpulang pada kita untuk memilih jalan mana yang mahu kita ikut. Malah setiap jalan yang kita pilih pastia ada baik dan buruk. Dan di setipa jalan yang akan kita tempuhi mempunyai pelbagai cabaran dan juga liku-liku dalam mencapai KEJAYAAN.
Betapa pilihan penting dalam hidup kita.
 DALam Islam juga kita ada pilihan sama ada untuk memilih jalan yang mudah tanpa liku atau memilih jalan yang susah dan berliku. Namun kedua-duanya mempunyai ganjaran yang berbeza. Jalan yang susah dan berliku merupakan amalan kebaikan yang kita lakukan di muka bumi yang memerlukan kesabaran, ketekunan, penuh dengan dugaan,keperitan Kesukaran untuk mencapainya. MALAH ianya tidak mudah untuk dicapai. Memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan memerlukan ketekunan dan kualiti masa yang baik. Sememang stress sangat kalau kita ingin lakukan benda yang sukar dan berliku. Tapi ianya manis di penghujungnya. Seperti Syurga. Kita sukar untuk mencapainya kerana ianya menuntut kita sentiasa istiqamah dalam melakukan kebaikan dan tuntutan Allah.
Manakala jalan yang mudah untuk kita lalui terdapat pelbagai nikmat dan kesenangan untuk mendapatkannya. Lebih mudah, banyak nikmat-nikmat sementara yang akan menjadikan kita ALPA iaitu lalai dan lupa.. 
Ganjaran yang kita terima tidak sebaik senangnya jalan kita cari cari itu. NERAKA...itulah ganjaran diatas jalan kesenangan yang kita ambil. 
Malah kadang-kadang kita tidak terduga jalan yang kita ambil merupakan jalan telah didorong oleh ALLAH. Kita tidak pernah mahu terima jalan itu tapi kita terpaksa melaluinya. Tapi entah bila kita sedar bahawa itu adalah jalan yang terbaik untuk kita. MAHA MENGETAHUI ALLAH.... betapa DIA sayang pada kita. 
Alhamdulillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan