Falling Rose


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 20 Disember 2011

Penyakit LUPA.. susahnya..tetapi kadang-kadang ada kebaikannya juga..

Lupa memang satu penyakit yang amat serius..kadang-kadang menjadi serius sehingga kita terlupa benda-benda yang amat penting untuk kita. Susahnya.. Buat kesekian kalinya aku terhilang lagi barangan yang agak penting juga sehingga menyebabkan aku tension...owh...penat sangat fikir.. kata mana aku letak. Dalam sekelip mata sahaja ianya hilang dalam pandanganku..owh penutup MP3.. Di mana kau..puasku cari sana sini..masa solat maghrib tadi sudah doa moga dipertemukan penutup itu. Tidak sanggup aku kehilangan barang aku lagi. Mungkin aku cuai...susah hati sangat. Selagi tidak ku jumpanya wahai penutup MP3ku.. terjadi lagi kejadian barang aku hilang, gara-gara aku lupa mana letak kunci rumah. Sedih sangat.. kunci itu kunci orang lain.. Dia sayang sangat dengan kunci itu. "akak jaga elok-elok tau kunci nie, banyak kenangan saya ngan kunci nie." Tapi sampai sekarang kunci itu tidak dijumpai.. Kunci oh kunci... di mana kau..Sedih sungguh.

Kebaikan Lupa
seandainya ada peristiwa ngeri yang berlaku contohnya kemalangan ngeri. Peristiwa itu akan menghantui kita sepanjang hayat sekiranya Allah tidak melupakan kita pada peristiwa yang buruk itu. Allah menciptakan setiap urusan di dunia ini bersebab.

......MP3 ku......yang hilang penutupnya.

Isnin, 19 Disember 2011

saling kebergantungan menghapuskan syak wasangka

Assalamualaikum..da lama tak update blog.. entahlah susah nak tulis..no idea..
nak cerita sikit pasal kawan-kawan, selama ada kat KTD nie..hurm...macam-macam ada. Dari yang baik kepada yang kurang baik. Dari yang boleh dijadikan ikhtibar sehingga ada yang boleh dikutuk.heheheehe.. itu aku yang kutuk tapi dalam hati lar..tidak sampai hati hendak kutuk depan-depan.
entahlah kadang ada juga terasa kawan-kawan nie depan kita baik, semua benda kita buat baik tapi belakang kita kata macam. Indah khabar dari rupa. Ada yang kata dia...dia kata aku,macam-macam. Pernah ada satu cerita lama yang pada aku boleh menyebabkan pergaduhan besar dengan seorang sahabat aku tu. Entahlah mana satu yang hedak didengar.. Penat!!!!Tapi apa-apapun ukhwah kami masih utuh. moga Allah kekalkan begitu. Bagi aku tidak semua insan sempurna. moga hidup kami saling lengkap melengkapi.
Pernah juga satu ketika rasa nak sangat habis cepat-cepat sem nie.. sakit hati, marah, dengki, tidak puas hati...macam-macam. 
Kalau mahu dikatakan sakit hati banyak kali sangat..namun aku fikir balik mungkin sikap aku sendiri yang menyebabkan aku sakit hati.. Aku ambik nasihat daripada dindaku Aiman. "Jangan fikir sangat pasal dosa yang orang lain buat akak,dia benci kita itu hak dia, yang penting masih ada yang sayang akak". tapi apa-apa pun memang susahkan kalau fikir siapa yang betul, siapa yang salah tapi saling memaafi dan saling kebergantungan antara satu ama lain adalah pelangkap ukhwah persahabatan kami Kuis Gen2 Ktd.. I love u all.. Moga kita sama-sama diberikan rahmat dan sentiasa berada bawah lindunganNya..InsyaAllah..

Isnin, 12 Disember 2011

MALAS...

ungkapan yang senang disebut. Malah ianya mula menjadi penyakit kepada kita apabila kita tidak mepunyai keinginan untuk melakukan sesuatu perkara itu. Malas berkait rapat dengan perasaan, hati dan juga anggota badan. Mengapa adanya sikap MALAS? Malah ianya menjadi semakin kronik dari hari ke hari.
Malah sikap malas akan mendatangkan pelbagai masalah lain. Antaranya:
1) Kerja yang diamanahkan tidak siap
2)Seseorang itu boleh menjadi engkar pada perintah Allah.
3)lemah anggota badan
4)Mudah putus asa
5) Penuh dengan dalih dalam melaksanakan tugas

terdapat banyak lagi faktor pada penyakit MALAS ini... oleh itu hindarilah MALAS. Bila dihinggapinya amat sukar untuk disingkirkan

Kelemahanku Sumber kekuatanku...

..Assalamualaikum...
Susah...baru nak ingat Allah..begitulah manusia. Tiap kali ditimpa musibah baru kita ingat pada Allah..Waktu kita senang, kita alpa dan lupa pada Allah. Tapi kenyataannya Allah selalu ingat kita walaupun kita dalam keadaan susah ataupun senang.
Kita perlu ingat bahawa setiap keadaan kita perlu selalu ingat kat Allah. Malah setiap ujian dan dugaan yang datang pada kita adalah menunujukkan bahawa Allah sayangkan kita. Ujian yang diberikan kepada kita adalah untuk menunjukkan sejauhmana tahap keimanan kita kepadaNya.
TETAPI.. kita manusia sering lupa pada Allah...Malah lalai dalam menjalankan tanggungjawab kepadaNya.
Kebergantungan kita kepada Allah perlulah sentiasa meningkat. Moga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

Sumber :
Mencari Mutiara di Dasar Hati

Isnin, 5 Disember 2011

Koleksi teka teki

 1) Tikus apa yang ada dua kaki?

2)Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tapi tidak boleh duduk.

3) Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah beku apabila dipanaskan?

4) Bintang apakah yang paling dekat dengan bumi?

5) Bila dicuci saya hitam, bila diguna saya putih?


Sumber : http://kondakondi.com/50-koleksi-teka-teki-untuk-anda
http://khairulazrin.tripod.com/tekateki.html





Jawapannya:
1) Mickey Mouse
2)Penguin
3) Telur
4) Bintang 3
5) Papan Hitam

Ahad, 4 Disember 2011

Jangan pernah malu untuk meminta MAAF...

Malu untuk ucapkan maaf..bayangkan sekiranya orang kamu lakukan kesalahan itu tidak dapat memaafkan kamu semasa ajalnya..macam mana kamu nak menghadapinya di akhirat nanti.. Lebih memilukan apabila kamu yang melakukan kesalahan terhadap orang itu tetapi orang itu mengambil masa yang lama untuk memaafkan..apa rasa kamu??? Sedih,pedih, sakitkan?  Dan cuba kita bayangkan apabila orang lain pula yang melakukan kesalahan tapi kita yang memaafkan..adakah kita dengan mudah akan memaafkannya? Ikhlaskah hati kita...kesimpulannya di sini cuba ikhlaskan hati untuk memaafkan orang lain supaya orang lain boleh mengikhlaskan hati untuk memaafkan kita nanti.
   

SALAM, dan kewajiban menjawabnya..serta bersalaman menurut ulama' Islam..

Ucapan SALAM memang sentiasa kita dengar..dan betapa pentingnya menjawab salam.. dan dianggap sebagai berdosa sekiranya tidak dijawab..
NAmun bersalaman juga mempunyai kepentingan yang sama.. SALAM... aduhai SALAM.. sesetengah orang menganggap bersalaman sebagai remeh tetapi diriwayatkan melalui Riwayat Thibrani :

"Sesungguhnya seseorang muslim itu apabila bertemu saudaranya lalu bersalaman oleh kedu-duanya, maka gugurlah dosa-dosa mereka sepertimana berguguran daun dari pokok yang ditiup angin yang kencang. Melainkan kedua-duanya diampunkan segala dosa mereka. Walaupun banyak seperti buih di lautan.

Riwayat Thibrani

Sekira orang yang ingin kita menyalaminya tidak menghulurkan tangan (hanya yang muhrim maksudnya)...jangan mudah mengadili bahawa mereka tidak menyukai kita tetapi bak kata seorang sahabatku...sabarlah..




http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=31959